Naib presiden AS Richard_Nixon

Pada 1952, Nixon diangkat sebagai naib presiden yang mendampingi Presiden Dwight Eisenhower. Ketika itu, beliau baru berumur 39 tahun.

Satu peristiwa penting dalam kempennya ialah inovasi Nixon menggunakan televisyen. Nixon dituduh telah dibiayai dengan dana pemilihan yang disediakan ahli perniagaan, suatu tuduhan yang terbukti benar. Beliau muncul di TV dan membela diri dengan pidato yang kuat beremosi. Di situ, beliau menyatakan bahawa isterinya, Pat, tidak mengenakan pakaian yang menggunakan cerpelai, namun "suatu mantel kain Republikan yang bagus" dan menyatakan walaupun beliau mendapatkan seekor anjing spaniel yang dinamainya "Checkers", beliau takkan memberikannya kembali sebab anak perempuannya menyukainya. Siaran ini mengakibatkan limpahan sokongan yang mendorong Eisenhower mempertahankan Nixon sebagai pendampingnya.

Sebagai Naib Presiden, Nixon mengunjungi ke Amerika Selatan, dan dipuji kerana keberaniannya dalam menghadapi media massa yang marah memprotes kebijakan luar negeri AS.

Nixon terkenal di antara para naib presiden kerana beliau mengambil alih pentadbiran sebanyak tiga kali ketika Eisenhower jatuh sakit. Pertama pada ketika serangan jantung Eisenhower pada 24 September 1955, sewaktu Eisenhower mengalami diarhoea parah pada Jun 1956, dan ketika beliau terkena serangan lumpuh pada November 1957. Baliau juga terbukti sanggup berfikir sendiri dengan cepat yang ditunjukkannya pada 24 Julai 1959 pada pembukaan Pameran Kebangsaan Amerika di Moscow ketika pemimpin Kesatuan Soviet Nikita Khrushchev secara mengejut mengajaknya berdebat mengenai kehebatan kapitalisme dalam menghadapi komunisme.